Search

PPM Sabah rampas barangan hampir RM665,000

March 16, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah merekodkan 23 kes pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan berjumlah RM664,847.67 dalam Op Taring Gelora Khas Aidilfitri yang dijalankan di seluruh perairan Sabah.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Amri Abdul Rahman berkata, kes berkenaan dikesan hasil operasi dan rondaan yang dilaksanakan oleh beberapa markas operasi PPM bermula 12 hingga 15 Mac lalu.

Katanya, kes yang direkodkan membabitkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Enakmen Perhutanan 1968.

“Operasi ini dilaksanakan bagi membanteras aktiviti penyeludupan serta pelanggaran undang-undang di perairan negeri ini, khususnya menjelang Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, PPM Sabah akan terus mempergiat operasi dan rondaan bagi memastikan kegiatan penyeludupan serta jenayah rentas sempadan dapat dibanteras dengan lebih berkesan.

“Orang ramai juga digalakkan menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mengesan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang bagi membantu usaha penguatkuasaan,” katanya. – Info X