Search

Qhazanah Sabah bayar zakat perniagaan RM1.2 juta

March 17, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Kumpulan Qhazanah Sabah membayar zakat perniagaan bagi tahun lalu sebanyak RM1.235 juta melalui Pusat Zakat Sabah untuk diagihkan kepada golongan asnaf di negeri ini.

Penyerahan zakat itu dilakukan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Qhazanah Sabah Berhad, Mohd Damshal Awang Damit kepada Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Malai Ali Malai Ahmad pada Majlis Berbuka Puasa, di sini, pada Isnin.

Majlis itu disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Pengerusi Kumpulan Qhazanah Sabah, Senator Tan Sri Anifah Aman.

Sempena majlis itu, Kumpulan Qhazanah Sabah turut menyerahkan sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Home Tuaran dan Darul Yatama Yacob Khan, Membakut.

Seramai 60 anak yatim dari kedua-dua pusat itu turut diraikan pada majlis berbuka puasa itu. – Info Sabah