Search

Tun Musa hargai semua pihak jayakan Majlis Penyampaian kek Hari Raya

March 18, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman haru ini merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan Majlis Penyampaian Kek sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Seri Kinabalu, Tun Musa menyifatkan inisiatif itu sebagai gambaran semangat kebersamaan, keprihatinan dan keharmonian rakyat Sabah.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis Penyampaian Kek sempena Hari Raya Aidilfitri pada hari ini.

“Inisiatif ini mencerminkan semangat kebersamaan, keprihatinan dan keharmonian yang menjadi kekuatan kita bersama.

“Semoga usaha murni ini terus diperkukuhkan demi kesejahteraan rakyat Negeri Sabah,” katanya.

Menerusi kenyataan yang sama,Tun Musa turut menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya.

“Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin,” katanya. – Info X