Search

Op Gempur Khas: Dua lelaki positif syabu ditahan di Telipok Ria

April 21, 2026

Info X Reporters

TUARAN: Dua lelaki ditahan dalam Op Gempur Khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah di tepi jalan Taman Telipok Ria, Tuaran, semalam selepas didapati positif dadah.

Kedua-dua suspek berusia 40 dan 31 tahun itu ditahan dalam keadaan mencurigakan sebelum dibawa ke BSJND Tuaran untuk ujian saringan awal air kencing.

Hasil ujian mendapati kedua-duanya positif methamphetamine dan amphetamine.

Ketua JSJN Sabah, Asisten Komisioner Alhusin Halil berkata, seorang suspek adalah lelaki tempatan bekerja sebagai pemandu lori, manakala seorang lagi warga asing tanpa dokumen bekerja sebagai tukang rumah.

“Tiada rampasan dadah dibuat dalam operasi berkenaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan sumber bekalan dadah, manakala risikan dan pemantauan akan terus dipergiat di kawasan terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Info X