Search

Lelaki pukul isteri ditahan

April 21, 2026

Info X Reporters

TAWAU: Seorang wanita berusia lingkungan 40-an cedera selepas dipukul suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Tanjung Batu Darat, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa dilaporkan dipukul di bahagian muka dipercayai berpunca daripada salah faham sebelum mengalami luka dan kesakitan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sebelum tindakan lanjut dijalankan.

“Bertindak atas laporan kes keganasan rumah tangga, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Tawau berjaya mengesan dan menahan suspek.

“Suspek adalah lelaki berusia kira-kira 25 tahun, pemegang kad pengenalan pemastautin sementara dan bekerja sebagai kelindan lori,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek ditahan di Jalan Aman dan dibawa ke balai polis untuk
siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya. – Info X