Search

PEJABAT KEBAJIKAN MATUNGGONG CARI WARIS BAYI DITINGGALKAN IBU

July 8, 2022

admin

KOTA KINABALU: Pejabat Kebajikan Daerah Kecil Matunggong kini cuba mengesan keluarga atau waris kepada bayi perempuan berusia dua bulan yang ditinggalkan ibunya di perhentian bas berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tinangol, di Kudat, pada 28 April lalu.

Pelindung Pejabat Kebajikan Daerah Kecil Matunggong, Connie Jikisoi berkata, bayi terbabit, Thyana Ashley telah ditinggalkan ibu kandungnya yang dipercayai bernama Sheron kepada pengadu kira-kira jam 5 petang, pada hari berkenaan.

“Sehingga kini, kami masih belum dapat maklumat mengenai ibu kanak-kanak itu.

“Sehubungan itu, kami meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pelindung Daerah Matunggong di nombor 088-613793,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – Info X