SANDAKAN: Seramai 13 orang dikhuatiri tersesat ketika mendaki bukit dalam kejadian di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) Sepilok, di sini, hari ini.
Difahamkan, operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa masih lagi dilakukan oleh sepasukan anggota bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 7.38 malam menerusi talian kecemasan.
Katanya, lima anggota bergegas ke lokasi itu yang terletak 20 kilometer daripada balai sebaik menerima laporan.
“Berdasarkan laporan awal, semua 13 mangsa melakukan aktiviti mendaki bukit di situ dan dikhuatiri tersesat.
“Kita masih lagi menunggu laporan daripada anggota di lapangan. Maklumat akan dikemas dari semasa ke semasa,” katanya. – Info X