KOTA KINABALU: Usaha ShopeeFood mengembangkan perkhidmatan penghantaran makanannya di Sabah dilihat mampu membantu peniaga tempatan di negeri ini meningkatkan ekonomi.
Ketua Pemasaran ShopeePay dan ShopeeFood Malaysia, Cheok Tuan Ee berkata, langkah berkenaan juga bertindak
sebagai rangsangan kepada ekonomi tempatan dengan membolehkan peniaga mengadaptasikan pendigitalan di premis masing-masing.
“Kita menggalakkan lebih ramai usahawan tempatan dan pemilik restoran untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem kami.
“Dengan menyertai ShopeeFood, peniaga akan mempunyai akses kepada pangkalan data pelanggan kami yang luas sekaligus membantu meningkatkan jualan dan keterlihatan kedai mereka,” katanya dalam kenyataan media.

Cheok memaklumkan perkhidmatan penghantaran ShopeeFood menawarkan nilai, kepelbagaian dan kemudahan untuk pengguna sambil membantu mendigitalkan perniagaan tempatan.
“Sabah adalah pasaran yang popular dan pengembangan perkhidmatan ini menunjukkan komitmen kita untuk membawa lebih banyak manfaat kepada pengguna di negeri ini sejak dilancarkan secara rasmi di Kota Kinabalu pada 13 Julai lalu.
“ShopeeFood menawarkan pelbagai hidangan tempatan kepada pengguna daripada peniaga popular seperti Flips, Little Sulap, Nasi Lemak Bamboo dan Restoran Jamal Salim.
“Pengguna akan dapat menikmati diskaun dan promosi yang menarik daripada jenama-jenama makanan dan minuman popular seperti McDonald’s, KFC, Starbucks, Tealive, Boost Juice dan banyak lagi.
“Kawasan liputan penghantaran merangkumi Kota Kinabalu, Penampang, Sepanggar, Petagas, Menggatal, Inanam, Likas, Foh Sang, Damai, Bukit Padang, Lido dan Luyang,” katanya.
Mengulas lanjut, Cheok berkata, pengguna di Kota Kinabalu sempena pelancaran ShopeeFood turut boleh menikmati rebat istimewa hingga 28 Julai depan iaitu baucar penghantaran percuma sepanjang hari dan tawaran super deals harian hingga 50 peratus.
Menurutnya, pengguna juga boleh menikmati transaksi tanpa tunai yang mudah melalui ShopeePay apabila membuat pesanan menggunakan sistem bersepadu di aplikasi mudah alih Shopee. – Info X