KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah sedang mengesan seorang wanita warga Filipina bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
JIM Sabah dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya hari ini memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan supaya tampil membantu siasatan.
Wanita yang dikesan itu adalah Sitti Junda Pistino, 54, warga Filipina dengan alamat terakhir di Lorong 2, Kampung Navahiu 2, Jalan Kompimpinan Dabak, Penampang.
Menurut kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lokasi atau keberadaan wanita terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat TPPI, Enne Eligius, dari Bahagian Penguatkuasaan JIM Sabah di talian 088-488753 pada waktu pejabat.
“Maklumat juga boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan JIM Sabah di talian 088-488822 selepas waktu pejabat.
“Kerjasama orang ramai amat dihargai bagi membantu melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu. – Info X