KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor memandang serius tindakan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) memindahkan sembilan anggotanya dipercayai terlibat kes peras ugut ke Sabah dan Sarawak tanpa mendapatkan pandangan kerajaan negeri.
“Kerajaan negeri meminta pihak polis memaklumkan dan berbincang dengan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri sebelum membuat sebarang tindakan seumpama itu dilaksanakan.
“Saya memandang serius perkara ini walaupun tindakan itu mungkin sebagai satu prosedur atau tindakan disiplin yang diambil jabatan berkenaan terhadap anggota mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Menerusi kenyataan media sama, Hajiji memaklumkan beliau akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak polis mengenai perkara berkenaan. – Info X