KOTA KINABALU: Dua rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Sepanggar berhampiran Masjid Nurul Huda, Kampung Gentisan, Sepanggar, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.52 petang itu, dua rumah masing-masing jenis tidak kekal dan separuh kekal terbakar kira-kira 95 dan 90 peratus.
Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu Mohd Hannis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.52 petang sebelum jentera tiba di lokasi pada jam 2.21 petang.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.41 petang.
“Pasukan mendapati kebakaran membabitkan dua buah rumah masing-masing jenis tidak kekal dan separuh kekal yang terbakar kira-kira 95 dan 90 peratus.
“Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu,” katanya.
Operasi pemadaman membabitkan 22 anggota dari BBP Kota Kinabalu dan pasukan bantuan BBP Lintas.
Pasukan turut mendapat bantuan PDRM dan Bomba TLDM. – Info X