Search

BANJIR KILAT LANDA BEBERAPA KAWASAN DI KOTA KINABALU, PENAMPANG

February 1, 2023

admin

KOTA KINABALU: Hujan lebat berterusan sejak jam 2 petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar daerah ini serta Penampang dilanda banjir.

Antara lokasi berkenaan termasuklah Telipok, Inanam, Likas, Sepanggar, Indah Permai, Kolombong, Lido dan Kepayan.

Banjir kilat di daerah Penampang menenggelamkan Jalan Kibabaig, Jalan Bundusan, Jalan Penampang Lama, Jalan Kolopis dan beberapa lagi kawasan sekitarnya.

Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) setakat ini dibuka berikutan tiada pemindahan mangsa banjir dilakukan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataanya memaklumkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah.

Katanya, kawasan itu termasuklah Pedalaman membabitkan Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan.

“Pantai Barat dan Sandakan meliputi Telupid dan Sandakan turut terbabit selain Labuan sehingga jam 7:00 malam ini,” katanya.

Menurutnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – Info X