Search

Liga Super: Sang Badak tewas lagi di Likas

September 13, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Sang Badak sekali lagi gagal mempertahankan kubu kuatnya apabila ditundukkan DPMM FC 1-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, malam ini.

Kekalahan di tangan skuad dari negara jiran itu adalah yang kedua selepas tewas 0-2 di tangan pasukan negeri jiran, Kuching City FC pada 5 September lalu.

Dalam aksi malam ini, tuan rumah dikejutkan gol pembukaan pasukan pelawat pada minit ke-13 menerusi pemain pertahanannya, Ebenezer Abban untuk DPMM mendahului 0-1.

Penyerang Sabah, Gonzalo Ignacio Di Renzo bernasib baik dapat menyamakan kedudukan 1-1 hasil aringannya pada minit ke-24.

Kedudukan itu bagaimanapun tidak berubah hingga tamat babak pertama, sebelum DPMM meneruskan aksi agresif mereka pada separuh masa kedua dan berjaya mencipta jaringan kedua pada minit ke-65.

Jaringan penyerang DPMM, Jordan David Murray itu membolehkan pasukan pelawat kembali mendahului perlawanan dengan 1-2.

Sabah gagal untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan hingga tamat perlawanan, sekali gus membolehkan DPMM membawa pulang tiga mata dari Likas malam ini. – Info X