LAHAD DATU: Sebuah stor penyimpanan peralatan pekerja ladang di Ladang Bonrich, Batu 17, Jalan Lahad Datu-Sandakan, di sini, musnah 90 peratus dalam kebakaran malam tadi.
Kejadian membabitkan bangunan jenis kekal berkeluasan kira-kira 42 meter persegi itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.57 malam sebelum 10 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi.
“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua pancutan air daripada tangki jentera sehingga kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.44 malam,” katanya.

Menurutnya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.59 malam selepas memastikan keadaan selamat. – Info X