Search

Pemandu pacuan empat roda maut dalam kemalangan dua kenderaan

October 25, 2026

Info X Reporters

PENAMPANG: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Datuk Panglima Banting, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, pemandu berusia 34 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu.

Pemandu kereta berusia 42 tahun pula dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, Asisten Superintendan Arisanti Aziz berkata, siasatan awal mendapati pacuan empat roda terbabit dalam perjalanan dari arah Bukit Padang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, Asisten Superintendan Arisanti Aziz.

Katanya, pemandu dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan kereta yang dipandu lelaki berusia 42 tahun.

“Akibat kemalangan itu, pemandu pacuan empat roda meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital, manakala pemandu kereta cedera ringan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Arisanti berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133 bagi membantu siasatan. – Info X