Search

Anak buaya ‘berjemur’ di Tamparuli

March 16, 2023

admin

TAMPARULI: Seekor anak buaya kelihatan ‘berjemur’ di tepi sungai dekat Jambatan Tamparuli, di sini, hari ini.

Kehadiran reptilia berkenaan disedari oleh seorang penduduk kira-kira jam 8.50 pagi yang kebetulan berada di kawasan itu.

Anak buaya berukuran kira-kira dua meter itu kelihatan ‘berjemur’ beberapa minit sebelum masuk semula ke dalam sungai.

Video kehadiran anak buaya itu sempat dirakam oleh saksi David Ampaong, 53.

Katanya, dia sempat merakam video kemunculan anak buaya di tepi sungai ketika memancing di kawasan berkenaan.

“Ketika itu, saya sedang memancing dan terkejut melihat anak buaya di tepi sungai sedang berjemur.

“Reptilia itu dilihat berjemur di tepi sungai dekat Jambatan Tamparuli beberapa minit sebelum masuk semula ke dalam sungai,” katanya kepada Info X.