Search

Maut terperosok bawah kereta

March 19, 2023

admin

LABUAN: Seorang penunggang motosikal maut selepas terperosok di bawah sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Taman Orkid, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa lelaki berusia 24 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.57 pagi.

Anggota bomba mengusung mangsa sebaik dikeluarkan dari bawah kereta dalam kemalangan di Jalan Taman Orkid, Labuan. Foto Bomba

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Layangan bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, anggota bomba mengeluarkan penunggang motosikal yang terperosok bawah kereta jenis Nissan Sentra dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa berjaya dikeluarkan pada 5.44 pagi namun disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi kemudian ditamatkan jam 6.01 pagi,” katanya. – Info X