Search

Cadangan satu pertiga kerusi Sabah, Sarawak di Dewan Rakyat akan dikaji – Azalina

March 29, 2023

admin

KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan akan menjalankan kajian berhubung cadangan menambah jumlah kerusi Sarawak dan Sabah di Dewan Rakyat kepada 35 peratus.

Bagaimanapun, katanya, kajian berkenaan dijangka mengambil sedikit masa kerana ia membabitkan pindaan undang-undang terutamanya Perlembagaan Persekutuan.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat, sebaik sahaja kajian berkenaan selesai, ianya akan dinilai oleh kabinet.

Menurutnya lagi, cadangan itu memerlukan pindaan Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Datuk Ronald Kiandee (PN – Beluran) yang ingin tahu jika kerajaan bercadang untuk menambahkan jumlah kerusi bagi Sabah dan Sarawak kepada 35 peratus, seperti yang dinyatakan dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962 dan Perjanjian Malaysia 1963. – Info X