Search

Lelaki hilang ketika mandi di sungai ditemui lemas

March 31, 2023

admin

TUARAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di sungai Kampung Karambunai Baru, di sini, semalam ditemukan lemas, malam tadi.

Mayat Mohd Bustaman Hamma, 56, ditemui orang awam pada jarak 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang, pada 8.45 malam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 3.01 petang semalam.

Pasukan bomba yang menjalankan operasi pencarian di sungai Kampung Karambunai Baru. – Foto Bomba

Katanya, seramai 15 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran dan Kota Kinabalu bersama jentera dan Unit Anjing Pengesan (K9) digerakan di lokasi berkenaan.

“Pasukan bomba menjalankan operasi pencarian surface water rescue dibantu Unit unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), K9 dan orang awam.

“Mangsa ditemui oleh orang awam pada jarak 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada jam 9 malam,” katanya. – Info X