KIMANIS: Sebuah kenderaan jenis Toyota Prado terbakar di Bukit Kimanis, di sini, petang tadi.
Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, tiada mangsa yang cedera dilaporkan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.43 petang.
Katanya, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis dan Papar bersama jentera kemudian bergegas ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.

“Kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Prado telah terbakar 100% dan operasi pemadaman dijalankan menggunakan 1 aliran hose reel dari jentera dan satu unit pam galas.
“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi terkawal pada jam 3.30 petang seterusnya ditamatkan pada jam 4.10 petang,” katanya. – Info X