KOTA KINABALU: Kerajaan negeri, hari ini, mengumumkan cuti awam tambahan sempena Aidilfitri pada Jumaat ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, cuti tambahan berkenaan selaras dengan Ordinan Cuti Awam negeri ini.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini turut mengumumkan sama ada 21 April 2023 (Jumaat) atau 24 April (Isnin) adalah cuti awam tambahan bergantung kepada bila 1 Syawal diumumkan. – Info X