Search

Bot bertembung, seorang lelaki hilang

April 19, 2023

admin

SEMPORNA: Seorang lelaki dikhuatiri lemas apabila bot dinaikinya bertembung dengan sebuah lagi bot dalam kejadian di perairan Hotel Seafest, di sini, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna terima panggilan kecemasan bot karam di perairan berkenaan daripada Pasukan Polis Marin (PPM), jam 11 pagi.

Katanya, laporan daripada pemanggil memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang semalam.

“Terdapat dua bot bertembung dan menyebabkan salah satu bot karam.

“Seorang mangsa dikhuatiri hilang di laut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba dalam perjalanan ke lokasi untuk mendapatkan maklumat dan menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. – Info X