Search

Kontena milik syarikat penghantar barang terbakar

April 29, 2023

admin

KINARUT: Sebuah kontena muatan pelbagai barangan milik syarikat perkhidmatan penghantaran terbakar di Sabindo, di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.20 malam.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba memadam kebakaran kontena muatan pelbagai barangan di Sabindo. – Foto Bomba

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba membuat operasi pemadaman menggunakan satu aliran hos salur bantu mula dari tangki jentera.

“Kebakaran membabitkan sebuah kontena muatan pelbagai barangan milik syarikat perkhidmatan penghantaran terbakar 90 peratus,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi terkawal pada 10.50 malam dan tamat pada 11.48 malam.

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

“Punc serta jumlah kerugian masih dalam siasatan bomba,” katanya. – Info X