KOTA KINABALU: Kawasan pedalaman dan pantai barat Sabah diramal dilanda hujan lebat dan angin kencang pada petang ini hingga awal malam nanti.
Menerusi amaran ribut petir dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), amaran itu berkuatkuasa pada jam 3.30 petang tadi hingga jam 7 malam nanti.
Turut diramal berdepan cuaca sama ialah di bahagian Sandakan, khususnya di daerah Tongod.
Met Malaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir katanya adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – Info X