Search

Bangkai penyu agar ditemui Pantai Layang-Layangan

April 24, 2023

admin

LABUAN: Seekor penyu agar (Chelonia Mydas) ditemui mati terdampar di tepi Pantai Kampung Layang-Layangan, di sini, pagi tadi.

Penyu berukuran 1.33 meter itu ditemui penduduk kampung sebelum bertindak menghubungi pihak berkuasa.

Bangkai penyu agar ditemui terdampar di tepi pantai Layang-Layangan, Labuan. – Foto BES Labuan

Pengarah Jabatan Perikanan Labuan, Faizal Ibrahim berkata, hasil maklumat itu, sepasukan pegawai digerakkan ke lokasi penemuan penyu berkenaan.

Katanya, punca kematian tidak dapat disahkan secara tepat kerana bahagian kerapan dan badan mulai reput.

Bangkai penyu ditanam mengikuti Prosedur yang ditetapkan. – Foto BES Labuan.

“Bangkai penyu itu kemudian ditanam mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya. – Info X