Search

Banjir semakin surut, 2,607 masih di PPS

March 12, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Banjir yang melanda beberapa daerah pedalaman semakin pulih dengan hanya 2,607 mangsa dilaporkan masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding lebih 5,000 mangsa kelmarin.

Ia berikutan penutupan PPS di Sook dan sebahagian PPS di Tenom serta Membakut setelah situasi banjir di daerah terbabit beransur surut dan selamat untuk penduduk terjejas kembali ke kediaman masing-masing.

Setakat tengah hari pada Rabu, seramai 466 mangsa masih berlindung di enam PPS di Tenom, diikuti 422 mangsa di empat PPS di Membakut.

Anggota APM mengemas PPS yang sudah ditutup di Tenom.

Hanya daerah Beaufort masih merekodkan jumlah mangsa banjir yang ramai dipindahkan iaitu 1,719 orang di tujuh PPS. – Info X