KOTA KINABALU: Bekas juara dan pemegang rekod kebangsaan acara lompat bergalah olahraga era 80-an, Aliudin Jumaat dilaporkan meninggal dunia ketika menjalani latihan, di Stadium Likas, di sini, kira-kira jam 9.22 malam, semalam.
Atlet master (veteran) kelahiran Sabah itu dikatakan sedang dalam persiapannya menghadapi Kejohanan Olahraga Master Sabah, Oktober ini.
Aliudin yang juga presiden Persatuan Atlet Master menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun.Perkara itu disahkan bekas presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim seperti dilaporkan NST, semalam.
Aliudin pernah memenangi pingat perak 60 meter lari berpagar kategori 60-64 tahun Kejohanan Olahraga Master Dalam Dewan Dunia di Daegu, Korea Selatan pada 2017 dan dekatlon kategori M55 pada Sukan Master Dunia 2013 di Torino, Itali. – Info X