Search

BERSATU SABAH TIDAK BERSEMBUNYI, SEIRING GRS – KHAIRUL FIRDAUS

July 4, 2022

admin

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Bersatu Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan menegaskan Bersatu di negeri itu tidak bersembunyi di sebalik nama Gabungan Rakyat Sabah (GRS), sebaliknya bergerak seiring dalam GRS bersama rakan-rakan parti kompenen lain bagi kelangsungan pembangunan negeri.

“Tidak baik fitnah kami (BERSATU) begitu, tuduh kami bersembunyi dalam GRS kerana kami lemah, sedih juga kami dengar tohmahan sebegitu.

“Kami antara komponen gabungan GRS dan semua dalam gabungan itu bergerak seiring bagi membentuk kerajaan yang mentadbir negeri Sabah.

“Kurang wajar kalau ada pihak menuduh Bersatu Sabah seperti itu, apatah lagi jika pihak yang bercakap itu bukan dalam kalangan pemimpin tempatan Sabah yang arif tentang corak politik di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Khairul Firdaus meminta pihak yang tidak arif mengenai norma politik di Sabah agar tidak sewenang-wenangnya memberi ulasan atau menghina corak politik Sabah.

“GRS adalah satu cetusan idea yang pertama kali dalam sejarah politik Sabah dan jalinan kerjasama ini juga adalah cetusan daripada Datuk Hajiji Noor sebagai ketua Bersatu kita di Sabah dan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin selaku ketua Barisan Nasional (BN).

“Tujuan utamanya adalah kerana kedua-dua pemimpin ini adalah pemimpin Sabah yang faham akan norma politik di Sabah dan inginkan yang terbaik untuk kelangsungan kemajuan negeri Sabah, seiring dengan fokus Sabah Maju Jaya.

“Saya harap, tiada yang berhasrat atau berniat ingin menjadi batu api dan mencetus bahang api persengketaan,” katanya. – Info X