Search

Bomba bantu hantar calon SPM terperangkap akibat banjir

January 17, 2024

Info X Reporters

BELURAN: Pasukan bomba membantu menghantar seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 selepas terperangkap di rumahnya akibat jalan dinaiki air di Kampung Dorom-Dorom Rancangan Cocos, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.56 pagi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 90 kilometer dari balai bomba.

Pasukan bomba menggunakan pacuan empat roda selepas laluan ke rumah mangsa yang dinaiki di Kampung Dorom-Dorom Rancangan Cocos, Beluran. – Foto/Bomba

“Pasukan bomba menggunakan pacuan empat roda bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) kemudian ke lokasi berkenaan.

“Menurut pemanggil, mangsa seorang pelajar perempuan tidak dapar keluar dari rumah untuk ke asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol bagi menduduki SPM,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian berjaya dihantar ke sekolah berkenaan.

“Operasi ditamatkan pada jam 9.36 pagi tadi,” katanya. – Info X