Search

Penunggang motosikal cedera langgar treler parkir di bahu jalan

January 16, 2024

Info X Reporters

PENAMPANG: Penunggang motosikal cedera selepas melanggar treler yang parkir di bahu jalan di Jalan Kivatu, di sini, tengah malam semalam.

Dalam kejadian jam 12.01 tengah malam itu, mangsa lelaki tempatan berusia lingkungan 20 tahun cedera di kepala dan kaki.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, hasil siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa dari Jalan Tambunan menuju ke Jalan Penampang.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal ditungang mangsa melanggar sebuah treler yang parkir di bahu Jalan Kivatu, di sini.

“Akibat daripada pelanggaran itu, penunggang motosikal cedera di kepala, kaki dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Treler yang parkir di bahu jalan di Jalan Kivatu, Penampang. – Foto/PDRM

Menurutnya, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Sehubungan itu, Sammy berkata pihaknya meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan. – Info X