Search

Bomba bantu penduduk seberang sungai dengan tali

January 31, 2025

Info X Reporters

KUDAT: Pasukan bomba terpaksa menggunakan tali untuk membantu 15 penduduk kampung menyeberang sungai di Kampung Sinokoon, di sini, hari ini.

Usaha itu dijalankan selepas semua mereka tidak dapat menyeberangi sungai berikutan limpahan air sungai yang deras.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat Ishak Jabas berkata, sebaik panggilan kecemasan berkenaan kejadian diterima jam 11.36 pagi, pihaknya menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi sejauh 50 kilometer dari jarak balai.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi bertindak menggunakan tali penyelamat bagi membantu penduduk menyeberang sungai sehingga selesai.

Anggota bomba menggunakan tali bagi membantu penduduk menyeberang sungai di Kampung Sinokoon, Kudat. – Foto/Bomba

“Semua mereka dilaporkan dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi berjaya diselesaikan sehingga jam 2 petang tadi. – Info X