Search

Budak 7 tahun maut dilanggar Navara

April 29, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tujuh tahun maut selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis Nissan Navara di Jalan Nountun, Bukit Padang, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 petang itu, mangsa dipercayai melintas jalan seorang diri sebelum dirempuh kenderaan berkenaan.

Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

Sementara itu, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran. – Info X