Search

Calon BN siap sedia berkhidmat untuk rakyat Kinabatangan, Lamag – Jafry

January 10, 2026

Info X Reporters

KINABATANGAN: Barisan Nasional (BN) menampilkan calon yang berwibawa dan bersedia berkhidmat di Kinabatangan dan Lamag pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kedua-dua kawasan itu, 24 Januari ini.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Jafry Ariffin, calon BN bagi PRK Parlimen Kinabatangan, Mohd Naim Kurniawan Moktar dan calon BN PRN DUN Lamag, Mohd Ismail Ayob atau Miha mampu menggalas cabaran BN.

“Sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah, BN komited memastikan kestabilan politik, pembangunan berterusan, dan kesejahteraan rakyat.

“Pemilihan calon dibuat teliti, mengambil kira kepimpinan, penerimaan masyarakat setempat dan kemampuan mereka berkhidmat dengan konsisten,” katanya dalam satu kenyataan selepas penamaan calon pada Sabtu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah itu berkata, sepanjang tempoh kempen 14 hari, BN akan menumpukan pendekatan berorientasikan rakyat dan fakta, memberi peluang masyarakat berinteraksi terus dengan calon, memahami visi, misi dan rancangan pembangunan mereka.

Pendekatan itu, katanya menekankan pendengaran aktif, penyampaian maklumat jelas dan penyelesaian konkrit bagi isu setempat, selaras dengan prinsip kepimpinan BN yang berkesan dan berwawasan.

“Mohd Naim membawa tenaga generasi muda yang progresif dan dekat dengan aspirasi rakyat, manakala Mohd Ismail berpengalaman dan memahami keperluan masyarakat Lamag, memastikan suara rakyat di Dewan Undangan Negeri terus didengar.

“Saya menyeru seluruh jentera parti dan rakyat Kinabatangan serta Lamag agar memberikan sokongan padu kepada calon-calon BN demi kesinambungan pembangunan, kestabilan politik dan masa depan yang lebih terancang serta sejahtera,” katanya. – Info X