Search

Jual air tebu siang, ‘layan’ syabu malam

KOTA KINABALU: Seorang penjual air tebu ditahan polis selepas disahkan positif syabu dalam operasi khas di Taman Telipok Ria Fasa 3, Tuaran awal pagi tadi. Dalam operasi kira-kira jam 2 pagi itu, lelaki berusia 34 tahun terbabit ditahan sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di tepi bangunan kawasan […]

Raji Hussin kini teraju Batalion 15 PGA Sandakan

SANDAKAN: Superintendan Raji Hussin Suhodin kini menggalas amanah menerajui Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sandakan selepas secara rasmi mengambil alih jawatan Pegawai Pemerintah dalam satu majlis serah terima tugas, kelmarin. Dalam majlis bermula jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari di Ibu Pejabat Batalion 15 PGA itu, beliau terlebih dahulu menerima pemakaian lencana pangkat […]

Tiga remaja ditahan kes rogol pelajar di Tawau

TAWAU: Polis menahan tiga remaja lelaki yang disyaki terbabit dalam kes rogol seorang pelajar perempuan di Merotai, di sini, dalam tempoh kurang 24 jam selepas menerima laporan kejadian itu, semalam. Semua suspek berusia antara 15 hingga 16 tahun ditahan kira-kira jam 6.50 petang oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai di perkarangan Pondok Polis Merotai. […]

USNO keluar GRS

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) mengambil tindakan keluar dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkuatkuasa pada Rabu. Tindakan itu diumumkan menerusi satu kenyataan bertajuk ‘Salam Terakhir: USNO Ucap Selamat Tinggal GRS’ yang dimuat naik di akaun Facebook parti itu. Menerusi kenyataan itu, Presiden USNO, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilapor menyatakan secara rasmi peletakan […]

Pekebun maut, kereta bertembung lori

KENINGAU: Seorang pekebun maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori tiga tan di Jalan Keningau – Tenom berhampiran Kampung Kitung, di sini, petang tadi. Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, mangsa, Jinus Anang, 44, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian dada. Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, […]

Ganti dokumen musnah secara percuma – PM

SANDAKAN: Mangsa kebakaran Kampung Bahagia, di sini, tidak dikenakan bayaran bagi mengganti dokumen pengenalan diri yang musnah dalam kebakaran berkenaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata penggantian dokumen pengenalan diri boleh dibuat secara percuma melalui perkhidmatan bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Katanya, penggantian percuma itu membabitkan dokumen seperti sijil kelahiran, MyKid, Mykad, sijil kematian […]

Jangan kelirukan rakyat isu hak 40 peratus Sabah – Madius

TAMPARULI: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Madius Tangau, menegaskan cadangan supaya Sabah mengutamakan penyelesaian masalah prasarana kesihatan dan pendidikan berbanding menuntut pelaksanaan Hak 40 peratus adalah tidak wajar kerana kedua-dua bidang itu sememangnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Beliau berkata, perkara berkaitan kesihatan dan pendidikan telah diperuntukkan dengan jelas di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan Malaysia […]

RM1,500 untuk keluarga mangsa, RM300 untuk pelajar sekolah – PM

SANDAKAN: Seramai 300 keluarga mangsa kebakaran Kampung Bahagia, di sini, bakal menerima sumbangan ihsan sebanyak RM1,500 daripada kerajaan Persekutuan. Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sumbangan itu dilaksanakan Unit Penyelaras Pelaksana (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Sumbangan itu, katanya membabitkan peruntukan berjumlah RM450,000 dan akan disalurkan […]

PM, Hajiji lawat mangsa kebakaran Kampung Bahagia

SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lokasi kebakaran Kampung Bahagia dan melawat mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), di sini, pada Rabu. Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Sandakan pada jam 3.35 petang sebelum menerima taklimat tragedi kebakaran daripada Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Walter […]

Charlie, Derry ‘anggota’ baharu K9 JBPM Sabah

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah kini menerima suntikan kekuatan baharu dengan kehadiran dua anjing pengesan K9 bagi memperkasakan operasi siasatan kebakaran di negeri ini. Kedua-dua anjing K9 dikenali sebagai Charlie dan Derry itu yang dilatih dalam disiplin Fire Investigation (penyiasatan kebakaran) tiba kira-kira jam 4 petang, hari ini. Kehadiran aset berkenaan […]