Search

Cubaan seludup minyak masak subsidi ke Filipina gagal

August 8, 2023

Info X Reporters

SANDAKAN: Cubaan menyeludup keluar minyak masak bersubsidi ke Filipina gagal apabila dikesan Pasukan Polis Marin (PPM) di Sungai Batu Dua, di sini, semalam.

Rampasan oleh pegawai dan anggota PPM Wilayah Empat Sandakan dijalankan menerusi Op Taring Gelora, jam 2.10 pagi.

Menerusi operasi itu, sebuah bot dan 21 kotak minyak masak bersubsidi berjaya dirampas manakala suspek melarikan diri ke hutan bakau berdekatan.

Bot yang disyaki digunakan penyeludupan untuk menyeludup minyak masak subsidi ke Filipina. – Foto/PPM

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan rampasan berkenaan.

Katanya, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM7,000.

“Rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan untuk tindakan lanjut,” katanya. – Info X