Search

Dua keluarga terperangkap banjir dipindahkan di PPS

February 27, 2025

Info X Reporters

BELURAN: Lima individu membabitkan dua keluarga yang terperangkap apabila Kampung Rancangan Cocos, di sini, dilanda banjir diselamatkan pasukan bomba, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.30 pagi.

Katanya, pasukan bomba digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memindahkan mangsa yang terperangkap di rumah akibat banjir.

“Sebaik tiba, terdapat dua individu dewasa, dua warga emas dan seorang kanak-kanak terperangkap di dalam rumah mereka.

“Semua mangsa terbabit dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di rumah pengerusi JPKK Kampung Rancangan Cocos,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pasukan bomba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Cocos, Beluran. – Foto/Bomba

Menurutnya, semua mangsa berkenaan akan berada di PPS sehingga banjir di kawasan rumah mereka surut dan selamat.

“Pemantauan terus dijalankan dari semasa ke semasa dan operasi ditamatkan pada jam 11.30 pagi,” katanya. – Info X