Search

Dua warga asing dicekup sabung ayam di ladang sawit

December 22, 2025

Info X Reporters

TAWAU: Dua lelaki warga asing dicekup polis selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan perjudian sabung ayam di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Kinabutan Tiku, di sini, semalam.

Serbuan menerusi Operasi Dadu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau itu membawa kepada penahanan dua suspek berusia antara 55 hingga 66 tahun.

Selain itu, polis turut merampas empat ekor ayam sabung termasuk dua yang telah mati, dipercayai digunakan dalam aktiviti perjudian haram berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kedua-dua suspek bersama barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut, manakala polis kini mengesan individu lain yang dipercayai turut terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 serta Seksyen 16(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Polis memberi amaran keras akan terus membanteras aktiviti perjudian haram di daerah ini. – Info X