PENAMPANG: Polis menahan dua lelaki warga asing dan merampas satu paket plastik berisi dadah jenis syabu dalam satu operasi di bangunan terbengkalai di Putatan, di sini, Selasa lalu.
Operasi dijalankan Bahagian Siasatan jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang merampas dadah syabu dianggarkan bernilai RM800.
Ketua Polis Daerah Penampang Superintendan Sammy Newton berkata, hasil pemeriksaan terhadap kedua-dua saspek berusia 30 dan 36 tahun di tempat kejadian menemukan satu peket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenih syabu seberat 05.32 gram.
“Pemeriksaan ujian saringan awal air kencing mendapati kedua dua saspek positif dadah jenis methamphetamine (meth) dan amphetamine (amp).
“Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya menyarankan masyarakat supaya tidak terbabit dengan penyalahgunaan dadah.
“Orang ramai disaran supaya terus menjadi mata serta telinga polis dalam menyalurkan maklumat bagi membanteras gejala dadah,” katanya. – Info X