Search

Empat motosikal musnah dalam kebakaran rumah di Kota Belud

May 19, 2024

Info X Reporters

KOTA BELUD: Empat motosikal musnah dalam kebakaran yang turut memusnahkan sebuah rumah di Kampung Siasai Dundau, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 5 pagi itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Syazwan Latun berkata, sebaik menerima panggilan jam 5.18 pagi, sebuah jentera bersama tujuh anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal musnah terbakar.

“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran dua pancutan dari sumber air terbuka,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran rumah di Kampung Siasai Dundau, Kota Belud. – Foto/Bomba

Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 6.43 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kebakaran itu turut memusnahkan empat motosikal dan operasi tamat jam 7.55 pagi.

“Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya. – Info X