Search

Empat rumah terbakar di Kuala Penyu

June 21, 2023

Info X Reporters

KUALA PENYU: Empat rumah di Kampung Pimping, Jalan Saga-Saga, di sini, hampir musnah dalam kebakaran, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, tiga rumah musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi terbakar 10 peratus.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 1.47 tengah hari.

Katanya, seramai 10 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan Utiliti dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran.

“Kebakaran membabitkan empat rumah dan tiga daripadanya musnah sepenuhnya manakala sebuah terbakar 10 peratus.

“Sebuah kereta jenis Perodua Kenari terbakar 100 peratus,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman menggunakan tiga aliran, lima pancutan dari sumber air jentera.

“Operasi terkawal pada 3.20 petang dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

“Punca dan anggaran kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – Info X