KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah berukuran 3.7 magnitud pada skala Richter di Ranau, pada 7.13 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu dengan kedalaman 5 kilometer (km) iaitu 13 km barat laut dari Ranau.
“Gegaran dirasai di Ranau dan kawasan sekitarnya.
“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut kenyataan itu. – Info X