Search

Gudang simpan tayar, perabot musnah terbakar

October 3, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Sebuah gudang penyimpanan tayar dan perabot di Jalan Kionsom Kampung Tatahan, Inanam, di sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran pada 1.16 tengah hari.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu digerakkan ke tempat kejadian.

Gudang penyimpanan tayar dan perabot di Jalan Kionsom, Kampung Tatahan, Inanam Kota Kinabalu musnah terbakar. – Foto/Bomba

“Sebaik tiba di lokasi, kebakaran membabitkan sebuah gudang penyimpanan tayar dan perabot terbakar sepenuhnya.

“Operasi pemadaman segera dijalankan dengan menggunakan dua aliran empat pancutan dari sumber air jentera dan pili bomba,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada 3.33 petang.

“Tiada mangsa dilaporkan terbabit.

“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya. – Info X