Search

Hajiji bincang isu kesihatan Sabah dengan menteri

June 12, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Pelbagai isu kesihatan di Sabah dibincang pada pertemuan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Sri Gaya, di sini, pada Khamis.

Antara yang dibincang ialah soal fasiliti dan perkhidmatan kesihatan di Sabah serta lawatan menteri untuk melihat situasi di Hospital Queen Elizabeth 2 dan Hospital Papar.

Perkara itu dibincang ketika kunjungan hormat Dr Dzulkefly bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Suriani Ahmad dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Mahathar Abd Wahab.

Dalam kunjungan hormat itu, Ketua Menteri turut dimaklumkan mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Kesihatan Sabah Bilangan 2 Tahun 2025 yang berlangsung pada Khamis. – Info X