KOTA KINABALU: Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2, di sini, menerima sumbangan komputer riba dari kerajaan negeri untuk melicinkan urusan pentadbiran hospital berkenaan.
Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor kepada Pengarah HQE 2, Dr Ferro Firdaus Ibrahim di pejabat pengarah dengan disaksikan ketua-ketua jabatan HQE 2, pada Khamis.
Hajiji berkata, sumbangan itu mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk terus menyokong usaha meningkatkan kemudahan dan keupayaan perkhidmatan kesihatan di Sabah.

Beliau berharap sumbangan itu dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi membantu kelancaran urusan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan HQE 2.
Turut hadir Timbalan Pengarah Hospital (Klinikal I), Dr Parvin Rubon A/L Arangulavan; Timbalan Pengarah Hospital (Klinikal II), Dr Eva Candra Susanti Suhali dan Timbalan Pengarah Hospital (Pengurusan), Datin Shevena I Jumin Jeffrey. – Info X