Search

Idris ucap selamat tinggal kepada Hajiji

March 28, 2023

admin

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah, hari ini, membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Tujuan kunjungan hormat itu adalah bagi mengucapkan selamat tinggal kepada Hajiji selepas Idris bakal bersara pada penghujung bulan ini.

Idris memegang jawatan itu sejak September 2021 bagi menggantikan Datuk Hazani Ghazali.

Turut mengiringi Idris pada kunjungan hormat itu ialah Timbalannya Datuk Jauteh Dikun. – Info X