Search

Kabel bawah tanah rosak punca gangguan

March 28, 2023

admin

KOTA KINABALU: Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Kawasan Tebobon, Sepanggar dan Manggatal pada malam Ahad 26 Mac lalu adalah berpunca daripada kerosakan kabel bawah tanah milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir Idris Mohd Noor berkata hasil daripada analisa pasukan teknikal SESB yang melakukan pencarian punca gangguan mendapati
terdapat kerosakan kabel bawah tanah yang disyaki terkesan daripada pembesaran jalan di kawasan berkenaan.

“Kabel milik SESB disyaki termampat akibat daripada kerja-kerja pembesaran jalan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata SESB kini di dalam tindakan untuk menaiktaraf sistem pembahagian bekalan elektrik dari Pencawang Pembahagi Utama Menggatal untuk
meningkatkan dayaharap serta mempercepatkan kerja-kerja pemulihan bekalan di kawasan. – Info X