Search

Inkues kematian Zara: Arwah cedera teruk disebabkan tenaga kinetik yang kuat

September 9, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner pada Selasa diberitahu impak tinggi yang dilapor punca kecederaan dialami Allahyarham Zara Qairina Mahathir ketika dirawat di Jabatan Kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada 16 Julai lalu berkaitan dengan tenaga kinetik yang kuat.

Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma HQE, Dr Janefer Voo, berkata pesakit mengalami kesan tenaga kinetik yang kuat hingga menyebabkan kecederaan teruk berdasarkan penilaian awal yang dibuat selepas menerima pesakit.

Saksi ketiga inkues itu menyebut istilah kinetik apabila ditanya Pegawai Pengendali inkues, Datuk Badiuszaman Ahmad mengenai maksud ‘due to high impact’ yang dinyatakan Dr Janefer dalam keterangan bertulisnya.

Badiuszaman turut meminta penjelasan Dr Janefer mengenai keadaan pesakit apabila disebut tidak sedarkan diri ketika tiba di Jabatan Kecemasan HQE pada 16 Julai lalu.

Sementara itu, Dr Janefer menerangkan proses resusitasi iaitu proses rawatan yang dijalankan ketika merawat pesakit pada masa itu.

Katanya, ia merujuk kepada ‘trauma life support’ yang merangkumi ‘airway’ dan dengan memasukkan tiub pernafasan pada masa itu kerana bacaan Glasgow Comma Scale (GCS) yang merujuk kepada keadaan pesakit adalah tiga iaitu paling rendah.

“Selain itu, peskit juga telah diletak ‘cervical collar’ bagi melindungi leher atau tengkuk. Bagi pernafasan pula, bantuan pernafasan menggunakan mesin dan circulating melibatkan resusitasi pesakit diberikan dengan air dan produk darah apabila pesakit semakin kritikal, tekanan darah semakin rendah dan nadi semakin laju.

“Bagi disability, ia nerujuk kepada GCS pada masa itu iaitu tiga dan anak mata membeaar, oleh itu kita beri bantuan pernafaaan.

“Untuk exposure pula adalah rawatan awal bagi kecederaan luaran pada masa itu, di mana bengkak dan luka di belakang kepala dijahit dan dibalut bagi mengawal pendarahan.

“Tangan kiri pesakit diletakkan ‘splint’ kerana disyaki mengalami kepatahan, kaki kanan juga diletak ‘splint’ kerana disyaki kepatahan dan juga kaki sebelah kiri mengalami kepatahan,” katanya. – Info X