Search

Kaki remaja tersepit jeriji longkang

September 24, 2026

Info X Reporters

KINARUT: Seorang remaja lelaki terpaksa mendapatkan bantuan bomba selepas kakinya tersepit pada jeriji besi longkang di hadapan sebuah restoran di Lorong Sabindo, hari ini.

Mangsa berusia 13 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan selepas berjaya dikeluarkan anggota bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Penolong Penguasa Bomba, Musran Jabri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.50 pagi sebelum lima anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi.

Katanya, pasukan bomba yang tiba tujuh minit kemudian mendapati kaki remaja berkenaan tersepit pada jeriji besi longkang.

“Pasukan bomba bertindak meregangkan jeriji besi menggunakan peralatan khas sebelum berjaya mengeluarkan kaki mangsa.

“Pemeriksaan mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi.

Operasi dikawal pada jam 10.59 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya seminit kemudian. – Info X