Search

Kereta ‘masuk’ kedai, dua pekerja hampir dirempuh

April 13, 2023

admin

KOTA BELUD: Dua pekerja di sebuah kedai menjual lampu dan barangan elektronik, di Kota Belud, nyaris dirempuh sebuah kenderaan yang terlajak masuk ke dalam premis terbabit, pagi tadi.

Dalam satu video viral di media sosial, dua pekerja berkenaan dilihat sempat menyelamatkan diri termasuk seorang wanita yang sangat hampir dirempuh kenderaan itu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu namun ianya mengakibatkan kerosakan pintu utama dan beberapa barangan jualan di premis berkenaan.

Info X akan dapatkan maklumat lanjut daripada pihak polis berhubung kejadian itu. – Info X