PUTATAN: Sebuah kereta jenis Perodua Myvi musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Putatan – Ketiau, berhampiran Simpang 4 Pan Borneo Hotel, di sini, pagi tadi.
Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Noor Sherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11 pagi.
“Enam anggota digerakkan ke lokasi sejauh satu kilometer, dengan jentera tiba kira-kira dua minit kemudian.
“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah kereta terbakar 100 peratus sebelum tindakan pantas memadam kebakaran,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh beberapa minit dan operasi pemadaman ditamatkan pada jam 11.12 pagi.
“Pemeriksaan lanjut turut dilakukan bagi memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian dan tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya. – Info X